AZHAR BIN IBRAHIM adalah PRESIDEN PERTUBUHAN PENGAMAL TERAPI PSIKOLOGI MALAYSIA yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian dari OPEN UNIVERSITY MALAYSIA. Beliau juga adalah perunding psikologi di ED Psychology Counseling dan Pengasas kepada Psychotest Health Consultant.
Beliau aktif dalam isu-isu kesihatan mental melalui NGO melalui jawatan-jawatan berikut :
- Presiden Pertubuhan Pengamal Terapi Psikologi Malaysia
- Setiusaha Agong Persatuan Pengamal Neo-Cognitive Behavioral Therapy Malaysia
- AJK Persatuan Pengamal Terapi Pokok, Rumah Dan Orang (ADHTP) Malaysia.
Beliau juga terlibat di dalam perkara-perkara berikut :
- Ketua Pembangunan Modul Instrument Kesejahteraan Psikologi Pengasuh dan Pendidik Awal Kanak-kanak Kerjasama dengan Jabatan Psikologi Dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris Tg. Malim Perak
- Ketua Pembangunan Modul Bantuan Awal Psikologi Kanak-kanak (PFA For Children) Buku Rujukan dan Latihan
- Pembangun Modul Sijil Profesional Pengurusan Psikologi dan Stress Universiti Malaya (UMCCED)
- Ketua Fasilitator dan Penceramah Program PFA untuk Pengetua-Pengetua dan Guru Besar Daerah Hilir Perak, Perak
- Fasilitator Program Persijilan CBT untuk Pegawai Psikologi Kementerian Kesihatan Malaysia